SERVIS
Servis adalah kemahiran paling penting bagi setiap pemain bola tampar. Servis yang baik akan meletakkan pasukan lawan dalam keadaan bertahan dan tidak mampu membuat serangan. Pemain dengan ahli pasukannya yang mempunyai gaya servis yang berbeza-beza mempunyai kelebihan berbanding dengan pasukan yang ahlinya mempunyai gaya yang sama. Gaya servis yang berbeza-beza boleh menjadi strategi untuk menyukarkan pihak lawan. Berikut adalah carta jenis-jenis servis :
Servis Cedok
Servis ini merupakan servis yang mula-mula perlu dipelajari oleh semua pemain baru. Servis ini mudah dikawal dan memerlukan daya yang sikit untuk memukul bola berbanding daya lain.
Teknik melakukan servis cedok:
Teknik melakukan servis cedok:
- Pegang bola pada lengan yang tidak memukul bola.
- Bola diarahkan ke bahagian tengah gelanggang.
- Kaki pada belah tangan yang memegang bola berada di hadapan dan kaki pada belah tangan yang memukul bola berada di belakang.
- Tangan yang memukul bola diluruskan pada arah bawah ke belakang 90 darjah.
- Bola dilambung dan tangan yang hendak memukul bola mula diayunkan.
- Pukul bola dengan bahagian tapak atas tapak tangan yang berhampiran dengan pergelangan tangan sama ada tapak tangan terbuka atau digenggam.
Servis Gaya Tenis
Servis ini juga disebut sebagai servis atas tangan. Gaya servis ini mudah gagal dan terjejas ke jaring tetapi jika berhasil akan menimbulkan kesukaran kepada pasukan lawan.
Teknik melakukan servis gaya tenis:
Teknik melakukan servis gaya tenis:
- Posisi badan sama seperti gaya sebelum ini. Jika tangan kiri memegang bola, kaki kiri di hadapan. Begitu juga sebaliknya.
- Lambung bola pada ketinggian kira-kira 30-45 cm dari tapak tangan yang melambung.
- Tangan yang akan memukul diangkat ke arah atas belakang dan dibengkokkan.
- Tangan diayunkan sambil tangan diluruskan dan pukul bola.
- Bola dipukul menggunakan tapak tangan yang jari-jarinya dirapatkan.