HANTARAN
Hantaran adalah gerakan pertama yang dilakukan oleh sesebuah pasukan yang menerima bola.
Pemain pertama - melantunkan bola kepada rakan sepasukan.
Pemain kedua - membuat hantaran lambung.
Pemain ketiga - merejam bola kepada pihak lawan.
Hantaran Bawah
1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
f) Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain serta ibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan.
3) Pukulan
a. Pukul bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
b. Pukul bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan.
c. Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.
Hantaran Atas
1) Posisi bersedia.
a. Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas sedikit pada bahu.
b. Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c. Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d. Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e. Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka ke dalam.
f. Siku bengkok ke luar.
g. Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi tiga kecil.
h. Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.
2) Pergerakan
a.Bergerak di bawah bola.
b. Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c. Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak.
d. Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e. Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f. Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g. Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar untuk sampai ke bola.
3) Pukulan
a. Pukulan dilakukan di atas dahi.
b.Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c. Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d. Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e. Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.