Muat Turun PPT Latihan Bola Tampar ( Tahun 6 )
LATIHAN BOLA TAMPAR ( Tahun 6 )
PENGENALAN LATIHAN BOLA TAMPAR
- Bola tampar sesuai kepada lelaki dan perempuan.
- Di Malaysia ai diperkenalkan kepada murid-murid sekolah rendah.
- Antara kemahiran asas dalam bola tampar ialah, hantaran atas, hantaran bawah, kemahiran merejam, membuat dan menerima servis.
- Kemahiran-kemahiran bola tampar boleh dibahagikan kepada dua iaitu, peringkat asa dan kemahiran peringkat tinggi.
- Pengenalan kemahiran asas perlu dikuasai sebelum menguasai kemarihan peringkat tinggi.
- Dalam pengajaran bola tampar, kekerapan melakukan sentuhan bola semasa latihan mesti diberikan perhatian oleh jurulatih.
STRUKTUR LATIHAN
- § Sesi pemanasan badan
- § Sesi pembangunan kemahiran
- § Penggunaan kemahiran di dalam suasana sebenar permainan
- § Permainan kecil & ubah suaian
- § Memajukan asas prestasi
Sesi Memanaskan Badan
- §Sesi ini juga disebut sebagai persediaan untuk pegerakan.
- § Sesi ini melibatkan latihan dalam regangan otot-otot, latihan am dan latihan khusus.
Sesi Pembangunan Kemahiran
- Dalam sesi latihan ini, para pemain diperkenalkan akan sesuatu kemahiran baru.
- Latihan ditumpukan pada perlakuan yang bermula daripada peringkat awal hingga ke peringkat situasi permainan.
- Latihan lanjutan dan pembangunan kemahiran telah dipelajari meyusuli selepas kemahiran itu di perkenalkan dan sudah mula dikuasai pemain.
Penggunakan Kemahiran Di Dalam Suasana Sebenar Permainan
- Dalam sesi ini para permain didedahkan dengan latihan dalam suasana permainan, menggunakan teknik-teknik yang telah diperkenalkan.
- Pemahaman dan kemahiran dalam teknik-teknik ini dibenarkan perhatian.
Permainan Kecil & ubah Suaian
- Permainan kecil ialah latihan menggunakan kemahiran dan peraturan permainan yang telah diubahsuai.
- Begitu juga dengan saiz gelanggang yang telah di kecilkan.
Permainan Kecil & ubah Suaian
- Permainan kecil ialah latihan menggunakan kemahiran dan peraturan permainan yang telah diubahsuai.
- Begitu juga dengan saiz gelanggang yang telah di kecilkan.
Memajukan Asas Prestasi
- Pada peringkat ini, para pelatih diharapkan telah mampu melakukan beberapa gerakan atau kemahiran asas, dan tumpuan struktur latihan ini ialah untuk meningkatkan kemahiran mereka ini agar prestasi juga ditingkatkan.
- Contohnya. Ialah peningkatan kelajuan, kekuatan daya tahan dan kusa permain
PEMILIHAN LATIH TUBI
- Tentukan sama ada kemahiran / teknik itu baru diperkenalkan atau yang diperkembangkan yang lalu
- Jenis latihan yang dimasukan di dalam sebuah latih tubi yang dipilih hendaklah ditentukan
- Penglibatan permain secara maksimum hendaklah dipastikan
- Kebolehan setiap permain dalam melakukan latih tubi yang dipilih perlu diambil kira
- Kemudahan/alatan yang ada untuk menjayakan latih tubi hendaklah ditentukan
PENDEKATAN STRUKTUR KEARAH PENGAJARAN BOLA TAMPAR
Antara Susunan Pengajaran Kemahiran Bola Tampar:
Latihan memakan masa untuk membentuk satu-satu pasukan bola tampar dan kemahiran pemain.
- Hantaran Atas
- Hantara Bawah
- Servis cedok atau servis bawah tangan
- Rejaman bola §Adangan Bola
Latihan memakan masa untuk membentuk satu-satu pasukan bola tampar dan kemahiran pemain.
KAEDAH PENGNALAN BOLA TAMPAR BAGI PEMAIN-PEMAIN BARU
- Menilai prestasi fizikal setiap pemain
- Mengurangkan perasaan takut permain terhadap bola. Membiasakan dengan aktiviti bola tampar.
- Memperkenalkan kaedah yang paling mudah untuk memperlajari kemahiran-kemahiran asas
- Memperkenalkan latihan yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan fizikal untuk mengekalkan kemungkinan kesakitan, kecederaan dan kebosanan.
- Memperkenalkan sebanyakmungkin situasi permainan permulaan seberapa awal yang boleh apabila permain dapat menguasai hantaran dan servis. Permainan kecil digunakan pada akhir setiap sesi latihan.
- Memupuk minat terhadap bola tampar dengan mempelbagaikan latihan.
- Mengunakan aktiviti sukan yang lain untuk meningkatkan kebolehan fizikal.
- Permain-permain tidak dipaksa melakukan latihan secara berterusan sepajang sesi latihan.
RANGKA LATIHAN BOLEH TAMPAR
- Tempoh transisi: Penilaian terhadap latihan dari sudut kekuatan fizikal, teknik, ketahanan mental, semangat berpasukan.
- Tempoh latihan: pemain seharusnya cuba memajukan kekuatan fizikal yang diperlukan untuk bermain bola tampar.
- Tempoh penyempurnaan: memberi peluang kepada pemain untuk bermain didalam suasana permainan sebenar.
- Tempoh Pertandingan: permain perlu mengekalkan tahap kekuatan fizikal dan ketahanan mental yang tinggi.
Jadual latihan tahunan
Jadual latihan untuk latihan dua jam
Jadual latihan harian
JURULATIH
Seorang jurulatih perlu memberi perhatiankepada pekara-pekara berikut:
- Masa (berapa lama) untuk setiap bahagian latihan
- Aktiviti yang sesuai bagi setiap bahagian
- Menyusun persembahan latihan megikut tingkat tertentu
- Jelaskan tentang apa yang ingin dicapai di dalam sesi latihan.
- Tahu akan cara-cara untuk mempersembahkan aktiviti-aktiviti
- Menentukan alat-alat dan kemudahan yang diperlukan disediakan dengan lengkap.
Fungsi Jurulatih
PENGEKALAN MINAT
- Memberi peluang kepada pemain untuk mencuba
- Mengeluarkan pujian ringkas kepada pemain selepas satu aktiviti yang berjaya
- Memberi padangan/ komen ke atas sebarang aktiviti yang kurang berjaya atau tidak sempurna.
- mengadakan ujian-ujian tertentu.
LATIHAN MEMBUAT SERVIS
Latihan membuat servis perlu dilakukan pada permulaan, pertengahan, dan akhir sesi latihan untuk menyesuaikan diri pemain dengan suasana permainan sebenar
- Latihan servis perlu dilakukan secara berpasangan. Bola dipukul melepasi jaring. Servis bermula pada jarak yang dekat diikuti jarak yang jauh.
- Servis mestilah dihantar ke suatu kawasan atau sasaran tertentu. Rakan pasangan ditugaskan untuk mengutip bola dan bertukar peranan setiap lima servis atau kutipan.
- Pemain pertama membuat servis pada sasaran sudut bertentangan di kawasan permainan lawan. Pemain perlu membuat servis laju dan tidak terlalu tinggi.
LATIHAN UNTUK HANTARAN ATAS
Perseorangan dan dengan bola. Permain melambung bola tinggi ke atas dengan postur hantaran atas dan menangkap bola dengan postur yang sama. Ulang sebanyak 10 kali
Perseorangan dan bersama bola. Pemain melambung bola keatas dengan postur hantaran atas dan menyambut bola selepas ia melantun dari lantai.
Berpasangan dan bersama sebiji bola. Permain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B. kedua-dua pemain akan melakukannya secara bergilir-gilir.
Berpasangan dan bersama sebiji bola. Pelakuan yang sama seperti latihan yang sebelum, tetapai bola dilambung, dan ditangkap oleh pemain B selepas ia melantun dari lantai/padang. Lakukakan secara bergilir-gilir
Berpasangan. Pemain A melambung bola kepada pemain B. pemain B membuat hantaran atas tanpa menangkapnya. Perlakuan ini dilakukan sebanyak 10 kali sebelum kedua-duanya bertukar peranan.
Berpasangan. Pemain A dan B membuat hantaran terus antara satu dengan lain secara berulang-ulang dan menggunakan hataran tinggi tetapi pastikan bola dapat di kembalikan oleh pemain kedua.
Berpasangan. Pemain A menghantar bola ke hadapan pemain B. pemain B bergerak pantas ke bawah untuk menerimanya: tangkap dan tolak bola kepada pemain A. ulang sebanyak 10 kali.
LATIHAN UNTUK HANTARAN BAWAH
Persorangan. Dalam kedudukan berdiri, pemain melambungkan, kemudian membengkokkan lutut untuk menerima bola selepas ai melantun dari lantai/padang. Pemain menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menerima bola
Berpasangan. Pemain A bersedia dalam kedudukan melutut dan kedua-dua tangan dalam kedudukan menerima bola, diletakan diantara dua kaki. Pemain A mengayun tangan keatas untuk memukul bola yang dilepaskan oleh pemain B dari aras tinggi.
Berpasangan. Pemain A melambung bola kepada pemain B. pemain B bergerak untuk menyambut bols dengan membuat hantaran bawah semasa bola di udara. Tukar peranan selepas 10 hantaran.
Berpasangan. Pemain A dan B membuat hantaran bawah bertubi-tubi supaya bola tidak terjatuh. Bilangan hantaran yang dapat dilakukan dikira sebelum bola terjatuh.
Berpasangan. Dalam latihan ini anda boleh menggunakan bola tampar atau bola keranjang atau alternatif lain. Pemain akan menerima bola dengan kedua-dua tangan, menghantarnya denagn hantran bawah dan terus merendahkan badan untuk menggulingkan bola.
MENGADANG BOLA
- Berpasangan. Pemain A memegang bola dengan dua belah tangan sambil menghulurkannya ke atas. Pemain B cuba mengadang dengan dua belah tangan. Ulangan sebanyak 10 kali, dan tukar peranan selepas itu.
- Berpasangan. Ulang latihan sebelum tadi. Pemain A mengerakan bola ke kanan dan ke kiri dirinya. Pemain B cuba mengadang bola itu dengan dua belah tangan. Ulang 10 kali dan tukar peranan selepas itu
Perseorangan di jaring. Pemain berdiri di depan jaring, dan cuba melombat setinggi yang boleh untuk melakukan adangan dengan kedua-dua belah tangan tanpa bola. Kemudian pemain begerak ke kanan dan ke kiri sambil melompat dan membuat adangan yang sama.
Berpasangan di jaring dengan bola. Ulang latihan sebelumnya. Kali ini pemain menyentuh bola yang dipegang oleh rakan di sedelah jaring seakan-akan melakukan adangan. Lakukan tiga kali dan bertukar peranan dengan rakan.
Berpasangan pemain A berdiri berdiri dihadapan jaring dengan kedudukan mengadang. Pemain B menghantar bola ke atas ke atas untuk di tangkap oleh pemain A. pemain A menangkap bola dan menghantarnya kepada pemain B sebelum menjejakkan kaki di gelanggang. Lakukan beberapa kali.
LATIHAN PEMBIASAAN DENGAN BOLA
Pemain harus dapat membiasakan diri dengan bola sebelum mempelajari tentang permainannya. Pemain harus menjalani beberapa latihan tertentu, terutamanya yang melibatkan sentuhan, pukulan, dan hantaran.
INDIVIDU
INDIVIDU
- Dua tangan meleret bola ke hadapan
- Dua tangan meleret bola ke belakang
- Meleret bola ke sisi dengan satu tangan
- Meleret bola ke sisi dengan dua tangan
- Melantun bola dengan satu tangan
- Melantun bola dengan satu tangan bergerakke hadapan dan belakang
- Melantun bola dan bergerak ke kiri dan kanan
- Melantun bola dengan melangkah dengan satu kaki
- Melambung bola ke hadapan , bergerak ke hadapan lalu menangkap bola sebelum melantun.
- Mengepit bola dan begerak kekiri dan ke kanan
- Mengepit bola dan bergerak ke hadapan , ke kiri dan kanan, lalu ke atas
- Menyentuh bola dengan dua tangan ( bentuk V )
- Melambung bola dari celah kangkang dan menyambut di hadapan
- Melambung bola, medekam dan menyambut dengan merendahkan badan
- Melompat dan menyambut bola
Latihan pembiasaan dengan bola ( individu )
BERPASANGAN
- Membengko sisi
- Memusing
- Menghantar bola dari celah kangkang dan di atas kepala
- Menghantar dan menangkap bola yang dilambung pada jarak tiga meter
- Melompat, menangkap dan menghantar bola semasa di udara.
- Menghantar bola, memusingkan badan 360’ dan menangkap bola
- Menghantar bola dan mendekam
- Melompat kuda dan menangkap bola selepas satu lantulan
- Melompat dan menghantar bola dalam bentuk V